BADAL HAJI SEMAKIN RANCAK
Dalam pada negara kita rancak mengadakan penamaan calon Pilihanraya pada hari ini, kami team Mawasyi juga semakin rancak menerima tempahan slot Badal Haji daripada waris-waris yang ingin menyelesaikan amanah mereka.
Ada yang kata terlalu awal.
Tapi untuk kami di sini dalam bidang pengurusan ada perkara yang perlu diselesaikan segera kerana melibatkan dua negara dan urusan penghantaran duit, pemilihan calon serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Maka, ia tidaklah terlalu awal dan tidaklah terlalu lambat.
Minggu lepas sahaja sudah ada enam orang waris yang ingin membuat upah haji/ badal haji buat ibu dan bapa mereka yang telah meninggal dunia. Katanya tertangguh sejak sekian lama kerana tidak tahu hendak merujuk kepada siapa. Alhamdulillah, ada kenalan yang menamakan kami sebagai agensi pengurus badal haji buat mereka.
Tahun ini, kami bermula dengan langkah yang besar dan cepat kerana kuota agak terhad untuk musim haji pada tahun 1444 Hijrah ini.
Jangan lupa hubungi kami untuk mendapatkan maklumat tentang upah haji/ badal haji ini ya!
Klik : whatsapp.mawasyi.services

Comments
Post a Comment