ASAL NAMA MAWASYI
3 November - Mawasyi berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud 'binatang ternak'. Saya mula mendapat nama 'Al-Mawasyi' ini sebenarnya ketika masih belajar di Arab Saudi.
Pada musim haji, kami kebiasaannya akan menguruskan korban, dam, akikah dan lain-lain lagi seperti nazar bagi mereka yang ingin membuat sembelihan di Makkah.
Justeru, kami akan pergi ke area 'Kakiyyah' atau 'Syarayek' bagi mendapatkan binatang ternak seperti kambing, kibas atau unta untuk dibeli dan dibuat sembelihan mengikut permintaan para pelanggan.
Dari situ, saya mula mengenali perkataan Mawasyi. Banyak Muassasah yang bernama el-Mawasyi. Lalu saya mendapat idea memahat perkataan itu di memori.
Ketika pulang ke Malaysia, kami mula membuat katering nasi arab. Nama yang difikirkan pada waktu itu adalah al-Hasyi (anak unta) kerana nasi arab yang dimasak adalah merupakan 'Kabsah' menyerupai masakan di restoran al-Hasyi di Makkah yang popular dengan nasi kabsah unta.
Tapi, takkan saya nak gunakan nama yang sama? Tiba-tiba Allah kurniakan idea untuk menyamakan belakangnya sama seperti 'syi' lalu saya menggunakan nama 'Mawasyi' seakan-akan 'Hasyi'.
Hingga kini, kami bercadang untuk mengekalkan nama ini sebagai nama syarikat yang akan membawa pelbagai produk bagi membantu anda dalam menguruskan ibadah di Tanah Suci seperti Badal Haji, Badal Umrah, Akikah, Korban, Dam, Nazar dan lain-lain. Insya Allah.
Terima kasih kerana sudi membaca coretan pertama saya di website.

Comments
Post a Comment