BADAL UMRAH KEMBALI



3 November - Ni yang saya malas nak mula menulis ni. Ada je idea nak menulis dan berbual. Tapi jangan bimbang. Jenis tak konsisten ni bukan lama pun semangatnya. Kah3. 

Tadi baru launch sendiri perkhidmatan Badal Umrah 2023 yang sebenarnya boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Team kami di sana dah ready untuk mengerjakan umrah proxy atau umrah badal ini. Hanya bagi nama dan buat payment, anda boleh hadiahkan buat keluarga tersayang yang telah meninggal akan ibadah umrah buat mereka. 

Timbul persoalan, kalau macam tu, orang kaya mesti banyak pahala mereka kan? Sudah tentu boleh upah orang buat badal umrah hari-hari. Boleh sedekah pakai duit jer. Untunglahhh! 

Kita yang miskin ni macam mana?

Jangan bimbang sobat-sobat. Nabi SAW telah menjawab pertanyaan kita ini 1400 tahun yang lepas dengan hadis yang berikut : 


عن أبي ذر رضي الله عنه: أن ناسًا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا للنبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله، ذهب أهل الدثور بالأجور، يصلون كما نصلي، ويصومون كما نصوم، ويتصدقون بفضول أموالهم، قال: ((أوَليس قد جعل الله لكم ما تصدقون؟ إن لكم بكل تسبيحةٍ صدقةً، وكل تكبيرةٍ صدقةً، وكل تحميدةٍ صدقةً، وكل تهليلةٍ صدقةً، وأمرٍ بالمعروف صدقةً، ونهيٍ عن منكرٍ صدقةً، وفي بُضْعِ أحدكم صدقةً))، قالوا: يا رسول الله، أيأتي أحدنا شهوته ويكون له فيها أجرٌ؟ قال: ((أرأيتم لو وضعها في حرامٍ، أكان عليه وزرٌ؟ فكذلك إذا وضعها في الحلال كان له أجرٌ))؛ رواه مسلم.


Daripada Abu Zarr r.a. juga, (beliau meriwayatkan): Bahawa sebahagian sahabat Rasulullah SAW berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah mendapat banyak pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah dengan lebihan harta mereka." Baginda bersabda: "Bukankah Allah telah menjadikan bagi kamu sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesungguhnya dengan setiap kali tasbih itu adalah sedekah, setiap kali takbir itu adalah sedekah, setiap kali tahmid itu adalah sedekah, setiap kali tahlil itu adalah sedekah, menyuruh amar ma'aruf itu sedekah, menegah mungkar itu sedekah dan pada kemaluan seseorang kamupun adalah sedekah." Mereka bertanya: "Ya Rasulullah! Adakah apabila salah seorang kami melepaskan syahwatnyapun dia beroleh pahala?" Baginda bersabda: "Bagaimana pandangan kamu kalau dia melepaskan syahwatnya pada tempat haram, adakah dia berdosa? Maka demikian jugalah apabila dia melepaskannya pada tempat yang halal, dia beroleh pahala."           


(Riwayat Ahmad no. 21483 dan Muslim no. 1006)

Nah! Agar senang hati kita. Jangan susah hati walau kita tak sekaya mereka, kita ada sedekah dan amalan yang boleh kita buat untuk mendapatkan pahala semisal dengannya atau bahkan lebih baik. Setiap orang, ditakdirkan tidak sama dan mempunyai jalur jalan masing-masing dalam mengumpulkan pahala di sisi Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Digital Currencies ft MaVic (Mawasyi Services)

PERTUBUHAN FIKRAH MAWASYI