CABARAN MENULIS



3 November - Menulis ni bukan mudah. Ia ada cabaran-cabaran tertentu yang anda akan alami sepanjang proses menyiapkan tak kira lah artikel, cerita, coretan, jurnal, tesis atau berita. Memang mengambil masa dan tenaga. Justeru, saya selaku diri sendiri dan admin mencabar untuk setiap hari menulis di sini sebagai tatapan anda tentang apa yang saya fikir dan usahakan untuk syarikat Mawasyi ini bersaing baik di bidang perniagaan mahupun dalam pembinaan sahsiah diri. 

Saya akan cuba menulis tentang progres apa yang berlaku di sebalik nama Mawasyi yang menyepi dan hanya buat kerja belakang selama ini. Bukan tak mahu expose, tapi pengalaman mengajar kami untuk hanya diam dan berjalan perlahan di bawah. 

Kini, kami kembali untuk mendapatkan keyakinan kepada para pelanggan dan masyarakat tentang gerak kerja perniagaan yang Mawasyi usahakan. Semoga ia bermanfaat di atas perkongsian yang dilontarkan di sini. 

Comments

Popular posts from this blog

Digital Currencies ft MaVic (Mawasyi Services)

PERTUBUHAN FIKRAH MAWASYI