Posts

Digital Currencies ft MaVic (Mawasyi Services)

Image
Hari ini, Mawasyi Services melangkah setapak lagi ke dalam dunia fintech (financial technology) dalam bidang trading.  Umum mengetahui bahawa crypto currency sekarang merupakan antara penggunaan yang meluas di dunia ini sebagai satu medium trading yang digunakan sebagai komoditi.  Justeru, Mawasyi Services memulakan trading pertamanya di dalam digital currency bekerjasama bersama pakar trader Dato' Fairuz yang akan menjadi tenaga pengajar trader di Mawasyi Services.  Insya Allah, kita akan belajar sedikit demi sedikit di dalam dunia trading ini yang memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk menuju ke hadapan.  Admin. 

PERTUBUHAN FIKRAH MAWASYI

Image
 Alhamdulillah, semalam mendapat call daripada JAIS Selangor tentang penubuhan Pertubuhan Fikrah Mawasyi yang kami usahakan untuk bidang pembangunan pendidikan remaja secara khususnya.  Doakan semoga Pertubuhan ini akan terus sukses dan mendapat sokongan dalam usaha untuk memajukan bidan pendidikan negara.  

BADAL HAJI SEMAKIN RANCAK

Image
Dalam pada negara kita rancak mengadakan penamaan calon Pilihanraya pada hari ini, kami team Mawasyi juga semakin rancak menerima tempahan slot Badal Haji daripada waris-waris yang ingin menyelesaikan amanah mereka.  Ada yang kata terlalu awal.  Tapi untuk kami di sini dalam bidang pengurusan ada perkara yang perlu diselesaikan segera kerana melibatkan dua negara dan urusan penghantaran duit, pemilihan calon serta dokumen-dokumen yang diperlukan. Maka, ia tidaklah terlalu awal dan tidaklah terlalu lambat.  Minggu lepas sahaja sudah ada enam orang waris yang ingin membuat upah haji/ badal haji buat ibu dan bapa mereka yang telah meninggal dunia. Katanya tertangguh sejak sekian lama kerana tidak tahu hendak merujuk kepada siapa. Alhamdulillah, ada kenalan yang menamakan kami sebagai agensi pengurus badal haji buat mereka.  Tahun ini, kami bermula dengan langkah yang besar dan cepat kerana kuota agak terhad untuk musim haji pada tahun 1444 Hijrah ini.  Jangan lupa ...

GOOGLE ANALYTICS ; SATU PERSPEKTIF

Image
  4 Nov - Dalam hidup, perlu ada kemahuan. Jika kemahuan sudah tiada, maka tiada makna kita menjalani hidup hanya sekadar menumpang teduh takdir yang telah ditetapkan. Jika begini aku, begini sahajalah. Jika begitu aku, begitu sahajalah. Aku hanya mengikut arus.  Kemahuan akan membuatkan kita bertindak. Membuatkan kita melawan. Membuatkan kita bangkit. Membuatkan kita lupa akan kesakitan. Kerana kita ada matlamat dan kita ada perkara yang perlu dicapai.  Malam tadi, saya sempat mempelajari tentang satu ilmu baharu iaitu berkenaan Google Analytics. Ia membolehkan kita mengesan dan melihat visitor yang bertandang ke website kita dan dalam realtime, kita juga boleh melihat ke mana seseorang visitor itu melihat website kita.  Kebaikannya adalah, kita dapat mengetahui jumlah pelawat, dari mana datangnya mereka, apa yang mereka suka berkenaan dengan page dan website yang telah kita sediakan tersebut.  Wah! Satu ilmu yang tidak pernah saya fikirkan akan saya pelajari m...

BADAL UMRAH KEMBALI

Image
3 November - Ni yang saya malas nak mula menulis ni. Ada je idea nak menulis dan berbual. Tapi jangan bimbang. Jenis tak konsisten ni bukan lama pun semangatnya. Kah3.  Tadi baru launch sendiri perkhidmatan Badal Umrah 2023 yang sebenarnya boleh dibuat pada bila-bila masa pun. Team kami di sana dah ready untuk mengerjakan umrah proxy atau umrah badal ini. Hanya bagi nama dan buat payment, anda boleh hadiahkan buat keluarga tersayang yang telah meninggal akan ibadah umrah buat mereka.  Timbul persoalan, kalau macam tu, orang kaya mesti banyak pahala mereka kan? Sudah tentu boleh upah orang buat badal umrah hari-hari. Boleh sedekah pakai duit jer. Untunglahhh!  Kita yang miskin ni macam mana? Jangan bimbang sobat-sobat. Nabi SAW telah menjawab pertanyaan kita ini 1400 tahun yang lepas dengan hadis yang berikut :  عن أبي ذر رضي الله عنه: أن ناسًا من أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم قالوا للنبي صلى الله عليه وسلم: يا رسول الله، ذهب أهل الدثور بالأجور، يصلون كما نصلي، ...

CABARAN MENULIS

Image
3 November - Menulis ni bukan mudah. Ia ada cabaran-cabaran tertentu yang anda akan alami sepanjang proses menyiapkan tak kira lah artikel, cerita, coretan, jurnal, tesis atau berita. Memang mengambil masa dan tenaga. Justeru, saya selaku diri sendiri dan admin mencabar untuk setiap hari menulis di sini sebagai tatapan anda tentang apa yang saya fikir dan usahakan untuk syarikat Mawasyi ini bersaing baik di bidang perniagaan mahupun dalam pembinaan sahsiah diri.  Saya akan cuba menulis tentang progres apa yang berlaku di sebalik nama Mawasyi yang menyepi dan hanya buat kerja belakang selama ini. Bukan tak mahu expose, tapi pengalaman mengajar kami untuk hanya diam dan berjalan perlahan di bawah.  Kini, kami kembali untuk mendapatkan keyakinan kepada para pelanggan dan masyarakat tentang gerak kerja perniagaan yang Mawasyi usahakan. Semoga ia bermanfaat di atas perkongsian yang dilontarkan di sini.