4 Nov - Dalam hidup, perlu ada kemahuan. Jika kemahuan sudah tiada, maka tiada makna kita menjalani hidup hanya sekadar menumpang teduh takdir yang telah ditetapkan. Jika begini aku, begini sahajalah. Jika begitu aku, begitu sahajalah. Aku hanya mengikut arus. Kemahuan akan membuatkan kita bertindak. Membuatkan kita melawan. Membuatkan kita bangkit. Membuatkan kita lupa akan kesakitan. Kerana kita ada matlamat dan kita ada perkara yang perlu dicapai. Malam tadi, saya sempat mempelajari tentang satu ilmu baharu iaitu berkenaan Google Analytics. Ia membolehkan kita mengesan dan melihat visitor yang bertandang ke website kita dan dalam realtime, kita juga boleh melihat ke mana seseorang visitor itu melihat website kita. Kebaikannya adalah, kita dapat mengetahui jumlah pelawat, dari mana datangnya mereka, apa yang mereka suka berkenaan dengan page dan website yang telah kita sediakan tersebut. Wah! Satu ilmu yang tidak pernah saya fikirkan akan saya pelajari m...